Versatility In Performance

Versatility In Performance atau V.I.P adalah sebuah projek kumpulan baru di bawah label KRU Studios. Kumpulan ini di anggotai oleh 5 orang jejaka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian dan seni tarian Kumpulan ini ditubuhkan pada awal tahun 2011.[1] Berbekalkan vokal & bakat tarian yang tiada tandingan, V.I.P telah bersedia untuk bersaing secara sihat dalam bidang industri hiburan tanah air.Ahli-ahli V.I.P terdiri daripada Mohd Aizam Mat Saman (ADAM AF2), Eryandy Sahat (YANDY), Marlin Antikoh (MARLON), Rayndra Putra Jubidi (RYAN) dan Fadlan Hazim Anuwar (FADLAN).[2] Single pertama mereka iaitu Lagu Sedih adalah ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim. Manakala, single kedua mereka iaitu Kemarau, juga merupakan ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim. Kini Ryan dan Fadlan telah membawa haluan masing-masing dan telah digantikan oleh Amen Fathi Mohd Noh (AMEN) serta Afiq Farhan Abdul Razak (AFIQ).

Versatility In Performance

Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Berasal dari  Malaysia
Pengkarya berkait Berkumpulan
Syarikat rakaman KRU Records
Laman sesawang VIP Official facebook.com
Ahli
  1. ADAM AF (Mohd Aizam Mat Saman)
  2. YANDY (Eryande Sahat)
  3. MARLON (Mailin Antikoh)
  4. AMEN (Amen Fathi Mohd Noh)
  5. AFIQ (Afiq Farhan Abdul Razak).
Genre Pop Dance
Bekas ahli
  1. RYAN (Ryandra Jubidi)
  2. FADLAN (Fadlan Hazim)
Tahun aktif 2010 - 2012